Pages

Monday, May 24, 2010

Makanan Tradisional Melayu


Makanan Tradisional Melayu sudah tentu tidak sempurna jika tiada pelbagai lauk pauk dan di makan bersama dengan nasi. Tidak ketinggalan juga ulam ulaman. Daun-daun inilah yang menjadi sumber vitamin dan mineral dan kaya dari segi serat. Ulam-ulaman tersebut adalah seperti pucuk paku, petai, daun pegaga, daun selum, daun kaduk, dan lain-lain jenis ulaman daun. Selain itu, yang menjadi bahan utama dalam masakan kebiasaannya adalah santan, cili dan belacan. Makanan Tradisional Melayu bukan sahaja terkenal dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya.

Rempah basah adalah bahan yang ditumbuk dengan batu lesung: bawang, halia, bawang putih dan cili. Rempah kering pula termasuk biji ketumbar, jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain. Rempah ratus ini selalunya di sangai (digoreng tanpa minyak) terlebih dahulu sebelum ditumbuk atau dikisar. Bukan iru sahaja, masyarakat Melayu juga banyak menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun pandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala dalam masakan mereka.

0 comments:

Post a Comment