Pages

Monday, May 31, 2010

Adakah Makanan Tradisional Melayu semakin dilupai ?


Masyarakat Melayu kaya dengan khazanah seni termasuk keindahan dan kreativiti dalam masak memasak. Ramai pelancong yang suka berkunjung ke Malaysia kerana negara kita kaya dengan makanan beraneka jenis

Ini adalah disebabkan negara Malaysia terdiri daripada himpunan pelbagai bangsa dan suku kaum. Oleh sebab itu kita boleh lihat pelbagai jenis makanan yang dijual dan ada di antara kita sendiri jarang dapat lihat melainkan di kawasan tertentu sahaja.

Namun hakikatnya, semakin berkembangnya sesuatu teknologi di negara maju, kita semakin lupa pada kuih-kuih tradisi yang dahulunya merupakan salah satu makanan utama penduduk di tiap negeri. Terutama Kuih-kuih tradisi orang melayu. Generasi muda hari ini hanya mengenali nugget, burger, pizza dan makan segera yang lain. Mereka sudah semakin lupa akan makanan tradisional melayu negara Malaysia. Mungkin bukan salah mereka kerana ibu bapa mereka sendiri tidak tahu membuat makanan tradisional ini.

Jika dilihat terdapat banyak kuih-muih tradisional melayu seperti wajik, bepang dan sebagainya. Wajik adalah sejenis kuih manis yang biasa di hidangkan pada hari-hari perayaan seperti hari raya puasa, majlis perkahwinan dan kenduri-kendara. Pada artikel akan datang saya akan cerita serba sedikit tentang kuih-kuih tradisional yang biasa terdapat di Malaysia dan gemar di makan oleh gologan orang lama-lama. Makanan tradisional Melayu ini perlu diketengahkan agar generasi hadapan tahu wujudnya makanan yang bercitarasa asli ini.

0 comments:

Post a Comment